picture

...

Wednesday, 19 June 2013

KKEC UiTM PULAU PINANG 2012


Pada 5 - 8 Mei 2012 yang lalu, Komander Kesatria Kontinjen Terengganu telah menyertai Komander Kesatria Endurance Challenge 2012 
buat kali kedua yang bertempat di Pulau Pinang.
Banyak acara yang dipertandingkan antaranya EOQ, Jalan Lasak, 6 Menara, dan banyak lagi..






Seawal 7 pagi kontinjen Terengganu sudah berkumpul untuk PT di kampus Pulau Pinang.


Acara yang sangat memerlukan kekuatan fizikal dan mental untuk menaiki 
Tree Top Walk yang sangat tinggi.




Kepenatan selepas acara EOQ dan Jalan Lasak.



Acara kemuncak, 6 Menara ! Kampus Terengganu satu-satunya menghantar seorang 
komander siswi untuk acara tersebut !


di padang UiTM Pulau Pinang, para komander perlu memanah untuk melengkapkan acara 6 menara.
fact # komander Terengganu mendapat latihan yang secukupnya untuk acara ini !



Kelebihan apabila acara memasak turut dipertandingkan. Kedua-dua jurulatih kokurikulum UiTM Terengganu (Cikgu Jamaludin dan Cikgu Sulaiman) beserta
 pegawai (Tuan Jamil) sangat hebat memasak 
dengan dibantu KM Dhiyalisma yang merupakan pelajar perhotelan.
SUPERB !



Kontinjen Negeri Sembilan yang sangat semangat dalam memberi sokongan.



Waktu penutup yang memerlukan komander berpakaian full U. Walaupun penat, jelas 
dilihat pada wajah masing-masing riak kelegaan apabila sudah lama berjemur dan mengerah tenaga. 
Kontinjen UiTM Terengganu sudah berjaya untuk melakukan yang terbaik. Syabas diucapkan.

SHARK SQUAD ! HAUL !
SHARK SQUAD ! HAUL !
SHARK SQUAD !!!
HAUL HAUL HAUL !

Thursday, 13 June 2013

Tiada yang lama, Tiada yang baru ...


TAMPUK PIMPINAN KOMANDER KESATRIA UiTM TERENGGANU 


: : OTAI TOP 5

KK Md Afif b Md Anuar
KK Muhammad Hazwan b Hamdan
KK Nor Aliza bt Md Sidin
KM Muhammad Faisal b Sahat



: : OTAI JPKK SESI 2012/2013


____________________________________________________________________________

: : TOP 5


KMdy Mohammad Izzat Aiman b Abdul Rahman
KMdy Sumira Aini bt Ismail
KMdy Mohamad Amirul b Abu Bakar
KM Wan Mohamad Fawwaz b Wan Mustafa Kamil
KM Nurul Nadira bt Asril


: : JPKK SESI 2013/2014



Sejarah UiTM dan Kesatria

Sejarah UiTM
Pusat Latehan Rida dengan slogan ‘Rebut ilmu dan amal’ atau ‘RIDA’ ditubuhkan sekitar tahun 1956, iaitu setahun sebelum Malaysia mengecapi kemerdekaan 1957.  Jalan Othman di Petaling Jaya dipilih untuk menjadi tempat kepada pusat yang bercita-cita tinggi ini didirikan.
Melalui Kongres Ekonomi Bumiputera, Dewan Latehan Rida bertukar kepada Maktab Mara. Ketika itu pengambilan pelajar luar semenanjung iaitu Sabah dan Sarawak mula dibuka. Dan pada 1967, sekali lagi, Maktab Mara telah ditukar kepada Institut Teknologi Mara (ITM) dengan memakai slogan ‘Usaha Jaya Mara’. Ketika itu kursus kejuruteraan diperkenalkan dan pelbagai kursus lagi ditawarkan seperti  diploma undang-undang dan sebagainya. Cawangan ITM diperbanyakkan ke seluruh negara. Dan pada 1999, ITM telah dinaik taraf kepada universiti dan digelar 
Universiti Teknologi Mara (UiTM).





Demonstrasi mahasiswa ITM
Mengingat kembali peristiwa bagaimana ITM pada awal cadangan untuk dinaik taraf kepada universiti, berlaku peristiwa yang diluar jangkaan tokoh-tokoh yang mahu ITM dinaik taraf kepada universiti. Pada tanggal 21 April 1974, sebuah demonstrasi tunjuk perasaan pelajar ITM dari Shah Alam telah diadakan untuk menuntut ITM TIDAK diberi taraf universiti. Pelajar-pelajar ITM ketika itu mempunyai alasan mereka yang tersendiri. Tindakkan tersebut telah menyebabkan ITM ditutup sementara waktu.
Pada Januari 1976 pula, ITM kembali ditutup selama 3 bulan kerana demonstrasi pelajar berkaitan peraturan pemakaian topi keledar dalam kampus 1975 yang diadakan oleh Kesatuan Siswa Siswi Institut Teknologi Mara (KSITM). Rentetan peristiwa terbabit, KSITM diharamkan dan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar(JPP) serta Akta ITM diwujudkan.  Dan JPP terus diguna sehingga hari ini.

Unit Kesatria
Peristiwa dua demonstrasi pelajar-pelajar institut pengajian tinggi di Malaysia termasuk ITM pada akhir tahun 1975 merupakan titik permulaan penubuhan Unit Kesatria kerana  peristiwa itu telah menyebabkan lebih kurang 200 pelajar telah disingkirkan dari ITM.  Pihak ITM telah memandang serius hal tersebut. Bagi mereka, demonstrasi itu menunjukkan keperluan meningkatkan disiplin dikalangan pelajar-pelajar  ITM. Unit Kesatria diwujudkan secara rasmi pada tahun 1976. Dan pada 1978, ianya dijadikan satu kokurikulum dan juga adalah salah satu subjek yang wajib lulus, kerana Majlis ITM tidak akan mengeluarkan diploma untuk pelajar yang gagal subjek tersebut.






KOMANDER KESATRIA UiTM TERENGGANU / BATALLION 5