Sejarah UiTM
Pusat Latehan Rida dengan slogan ‘Rebut ilmu dan amal’ atau ‘RIDA’ ditubuhkan sekitar tahun 1956, iaitu setahun sebelum Malaysia mengecapi kemerdekaan 1957. Jalan Othman di Petaling Jaya dipilih untuk menjadi tempat kepada pusat yang bercita-cita tinggi ini didirikan.
Melalui Kongres Ekonomi Bumiputera, Dewan Latehan Rida bertukar kepada Maktab Mara. Ketika itu pengambilan pelajar luar semenanjung iaitu Sabah dan Sarawak mula dibuka. Dan pada 1967, sekali lagi, Maktab Mara telah ditukar kepada Institut Teknologi Mara (ITM) dengan memakai slogan ‘Usaha Jaya Mara’. Ketika itu kursus kejuruteraan diperkenalkan dan pelbagai kursus lagi ditawarkan seperti diploma undang-undang dan sebagainya. Cawangan ITM diperbanyakkan ke seluruh negara. Dan pada 1999, ITM telah dinaik taraf kepada universiti dan digelar
Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Demonstrasi mahasiswa ITM
Mengingat kembali peristiwa bagaimana ITM pada awal cadangan untuk dinaik taraf kepada universiti, berlaku peristiwa yang diluar jangkaan tokoh-tokoh yang mahu ITM dinaik taraf kepada universiti. Pada tanggal 21 April 1974, sebuah demonstrasi tunjuk perasaan pelajar ITM dari Shah Alam telah diadakan untuk menuntut ITM TIDAK diberi taraf universiti. Pelajar-pelajar ITM ketika itu mempunyai alasan mereka yang tersendiri. Tindakkan tersebut telah menyebabkan ITM ditutup sementara waktu.
Pada Januari 1976 pula, ITM kembali ditutup selama 3 bulan kerana demonstrasi pelajar berkaitan peraturan pemakaian topi keledar dalam kampus 1975 yang diadakan oleh Kesatuan Siswa Siswi Institut Teknologi Mara (KSITM). Rentetan peristiwa terbabit, KSITM diharamkan dan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar(JPP) serta Akta ITM diwujudkan. Dan JPP terus diguna sehingga hari ini.
Unit Kesatria
Peristiwa dua demonstrasi pelajar-pelajar institut pengajian tinggi di Malaysia termasuk ITM pada akhir tahun 1975 merupakan titik permulaan penubuhan Unit Kesatria kerana peristiwa itu telah menyebabkan lebih kurang 200 pelajar telah disingkirkan dari ITM. Pihak ITM telah memandang serius hal tersebut. Bagi mereka, demonstrasi itu menunjukkan keperluan meningkatkan disiplin dikalangan pelajar-pelajar ITM. Unit Kesatria diwujudkan secara rasmi pada tahun 1976. Dan pada 1978, ianya dijadikan satu kokurikulum dan juga adalah salah satu subjek yang wajib lulus, kerana Majlis ITM tidak akan mengeluarkan diploma untuk pelajar yang gagal subjek tersebut.
KOMANDER KESATRIA UiTM TERENGGANU / BATALLION 5
No comments:
Post a Comment