picture

...

Tuesday, 13 October 2015

JAMBORI SIRI 10/2014 

UiTM JOHOR

 

Pada 10 November 2014 yang lepas, telah diadakan Jambori Komander Kesatria UiTM Siri 10/2014 di UiTM Johor. Program ini berlansung selama 8 hari iaitu bermula pada 10 November 2014 sehingga 17 November 2014. Seramai 45 orang Komander Kesatria UiTM Terengganu dihantar untuk menyertai program ini. Sebanyak 13 kontinjen dari UiTM seluruh Malaysia termasuk kontinjen daripada UiTM Sarawak telah menyertai Jambori Komander Kesatria UiTM siri 09/2013. Sebanyak 4 acara yang dipertandingkan. Antaranya ialah Kawad kaki, Rempuh Halangan, Pertandingan Kebudayaan.

Pada 10 November 2014, Pada jam 08.30 malam, satu taklimat program dan suai kenal telah diadakan. Pada malam tersebut juga telah diadakan cabutan undi giliran untuk acara-acara yang dipertandingkan. Banyak aktiviti yang menarik yang dianjurkan oleh UiTM Johor pada Jambori kali ini. Antaranya ialah Majlis Makan Rejimental Jambori Siri 10 di Dewan Temenggong UiTM Johor dan Program Khidmat Masyarakat (Opkim) yang berlangsung di Kampung Felcra Bukit Kepong. Kami disambut mesra oleh penduduk-penduduk kampung dan mereka berasa gembira dengan kehadiran komander-komander UiTM. Program memmberi impak yang mendalam kepada semua komander. Seterusnya bengkel Training of Trainer yang berlangsung  di Dewan Seri Temenggong UiTM Johor. Bengkel ini banyak mengajar komander-komander untuk menjadi seorang pemimpin yang berkeyakinan dan mampu memimpin anak buah dengan baik.












Dalam semua acara yang dipertandingkan, Komander UiTM Terengganu mendapat keputusan yang baik atas usaha yang dilakukan. Pertandingan Rempuh Halangan mendapat tempat ke-3 secara keseluruhan. Seterusnya Pertandingan Kebudayaan mendapat tempat yang ke-12dan pertandingan kawad kaki mendapat tempat yang ke-10. Pertandingan Kawad Kaki diketuai oleh LM(Kesatria) Nazhiim Ikmal bin Hilmi. 













Pada 16 November 2014, Majlis Pertauliahan Komander Kesatria berlangsung di Padang Kawad UiTM Johor. Majlis ini pertama kali diadakan pada jambori kali ini. Komander UiTM Terengganu menghantar seramai 20 orang komander senior untuk ditauliahkan sebagai Leftenan Muda (Kesatria). LM (Kesatria) Muhammad Azril bin Zainal dipilih sebagai Komander Terbaik UiTM Terengganu Kampus Dungun.


Barisan Leftenan Muda (Kesatria)


 Komander Terbaik Setiap Kampus

                                                    Komander Terbaik Kampus Dungun







 

No comments:

Post a Comment