Pada 31 Ogos 2015, Komander Kesatria Negara UiTM (Terengganu) telah menyertai pertandingan kawad kaki di Perbarisan Kemerdekaan Peringkat Negeri Terengganu. Komander Kesatria Negara muncul johan keseluruhan dalam pertandingan perbarisan sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2015.
Kontigen Kesatria Negara turut berjaya memenangi johan bagi kategori jabatan kerajaan/badan berkanun/IPT beruniform sekaligus layak dinobatkan johan keseluruhan dan membawa pulang wang tunai RM5,000 dan piala pusingan. Seramai 40 orang komander mewakili kontigen Kesatria Negara UiTM (Terengganu). Kontigen Kesatria Negara diketuai oleh KRM Mohd Rahimi bin Rosli.
No comments:
Post a Comment