picture

...

Monday, 12 October 2015

JAMBORI SIR 9/2014 UITM PUNCAK ALAM



Pada  31 Oktober 2013 yang lepas, telah diadakan Jambori Komander Kesatria UiTM Siri 09/2013 di UiTM Puncak Alam. Program ini berlansung selama  5 hari iaitu bermula pada 31 Oktober 2013 sehingga 4 November 2013. Seramai 45 orang Komander Kesatria UiTM Terengganu dihantar untuk menyertai program ini. Sebanyak 13 kontinjen dari UiTM seluruh Malaysia termasuk kontinjen  daripada UiTM Sarawak telah menyertai Jambori Komander Kesatria UiTM siri 09/2013. Sebanyak 4 acara yang dipertandingkan. Antaranya ialah Kawad Senyap, Puncak Challenge, Pertandingan Kebudayaan (Tarian Kontemporari) dan Video Korporat.



 

 
Pada 31 Oktober 2013, Pada jam 08.30 malam, satu taklimat program dan suai kenal telah diadakan di DK500. Pada malam tersebut juga telah diadakan cabutan undi giliran untuk acara-acara yang dipertandingkan.



Pada 1 November 2013 adalah pertandingan Kawad Kaki Senyap. Komander Kesatria UiTM Terengganu telah menghantar 35 orang komander termasuk simpanan untuk menyertai pertandingan ini dan pertandingan ini diketuai oleh KRK Nazhiim Ikmal bin Hilmi. Dengan kesungguhan dan disiplin yang ditunjukkan oleh Komander Kesatria UiTM Terengganu dalam acara ini, UiTM Terengganu telah mendapat tempat kelima dalam acara ini secara keseluruhan. Selepas selesainya pertandingan kawad kaki, pada jam 04.00 petang telah diadakan Raptai Perbarisan Perasmian Penutup.  







Pada 2 November 2013, Pertandingan Puncak Challenge telah diadakan. Pertandingan ini merangkumi  aktiviti berbasikal, berlari, menaiki tangga kejayaan,  abseiling, memanah dan river crossing. Seramai 12 orang komander terlibat dalam acara ini. Dengan paduan tenaga dan semangat yang ditunjukkan serta kerjasama yang jitu diberikan, Komander Kesatria UiTM Terengganu berjaya meraih tempat kelima di dalam acara ini. Pada jam 04.00 petang, Raptai Perbarisan Perasmian Penutup diadakan sekali lagi bagi memastikan Perbarisan Perasmian Penutup yang sebenar adalah yang terbaik. Acara diteruskan lagi pada jam 08.30 malam iaitu Pertandingan Kebudayaan (Tarian Kontemporari). Seramai 10 orang komander terlibat dalam acara ini bagi mewakili Komander Kesatria UiTM Terennganu. Kontinjen dari Terengganu telah membawa Tarian Tradisional Kontemporari iaitu gabungan 3. Langkah tari yang kemas serta tersusun telah memberi Komander Kesatria UiTM Terengganu tempat yang kelima.








 

 

 

Pada 3 November 2013 yang lalu, acara diteruskan lagi dengan Majlis Perasmian Penutup pada jam 09.00 pagi. Turut hadir memberi sokongan dan sebagai wakil daripada UiTM Terengganu. Pada jam 08.30 malam, Majlis Makan Malam Pentauliahan Komander yang berlansung di De Palma Hotel, Shah Alam. Disamping memberi pentauliahan kepada komander yang akan grad, keputusan pertandingan video korporat juga diumumkan.






No comments:

Post a Comment